1. Membantu Meningkatkan Tahap IQ ( Kecerdasan & Kecerdikan ) ............................................ BERITA HARIAN Selasa 20hb Febuari 2001
"kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak". - Prof Madya Aziah Zain, pensyarah sains pemakanan UPM
2. Membantu Untuk Mengatasi Masalah Kesihatan ............................................ BERITA HARIAN Selasa 20hb Febuari 2001
"Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis" - Prof Madya Aziah Zain, pensyarah sains pemakanan UPM
Kebaikan Kurma & Coklat Ketika Mengandung & Bersalin ........................................... Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Coklat juga boleh mengaktifkan bayi dalam kandungan.
Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa A.S.
Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasulullah SAW.
Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis kerana memakan kurma & coklat. Apa yang harus puan buat, makanan-makanan manis yang lain puan jauhkanlah. Buah kurma & coklat tidak membahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.